Kempen Internet Selamat
26 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniTempat: SMK PENRISSEN
Tarikh: 25 JULAI 2025 | 7:30 PAGI – 10:00 PAGI
Anjuran: MCMC Cawangan Kuching bersama NADI Kluster Kuching
Kempen ini menyasarkan pelajar nerumur 13-17 tahun dengan objektif memberi kesedaran di alam digital termasuk risiko pendedahan maklumat peribadi, pengantunan seksual dalam talian serta kemahiran mengenali maklumat palsu.
Pengisian program selama 80 minit:
• Aktiviti Pecah Ruyung – Penetapan minda yang mencetus minat
• Fakta atau Auta – Bezakan maklumat benar atau palsu
• Detektif Jejak Digital – Fahami kesan jangka Panjang pendedahan maklumat
• Red Flag – Kenali tanda-tanda awal bahaya dalam talian
Semoga segala nilai ihsan, kesejahteraan dan hormat yang diterapkan di dalam proses pembelajaran sepanjang program sejajar dengan usaha melahirkan remaja yang celik digital dan bertanggungjawap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: